Thursday, April 24, 2014

KULIT LIMAU

Khasiat & Manfaat Kulit Limau.



Buah limau merupakan sumber terbaik vitamin C, baik untuk kesihatan dan perawatan kulit. Namun tahukah anda, sebahagian besar manfaat buah ini terletak pada kulitnya.
 

Kulit limau mengandungi empat kali lebih banyak serat berbanding isi buahnya, antaranya ia banyak mengandungi tangeretin dan nobiletin-flavonoid sebagai zat antikanser, antidiabetes, dan anti-inflamasi.
 

Satu kajian pada tahun 2004 menunjukkan, kulit buah limau lebih efektif menurunkan kadar kolesterol LDL daripada ubat yang terjual di kedai. Zat flavon polymethoxylated pada kulit limau juga baik untuk mencegah penyakit jantung dan peradangan, menurut penelitian ini.


Berikut sejumlah manfaat kesihatan dari kulit limau;



1. Kulit buah limau boleh membuatkan kulit wajah lebih bersih dan cerah dengan cara menyerap minyak berlebihan pada kulit serta mengangkat sel-sel komedo dan kulit mati pada wajah.


Untuk memperoleh manfaat tersebut, campurkan kulit limau kering yang diblender secukupnya dengan susu. Aplikasikan masker kulit limau ke seluruh wajah dan biarkan selama 30 minit, kemudian bilas.


2. Kulit limau membantu mencegah konstipasi dan mengurangkan rasa mual dan perut memulas. Selain itu, kulit limau juga membantu mengeluarkan kahak dan menyembuhkan asma.


3. Kulit jeruk juga membantu memperlancar aliran darah,  baik untuk mengawal tekanan darah dan menyihatkan jantung.


Ada pelbagai cara memakan kulit limau, antaranya dengan menambahkan serutan kulit limau dalam bahan menu masakan atau merebusnya menjadi teh dengan menambahkan madu.


4. Untuk melancarkan buang air besar, rebus 12 gram kulit limau segar atau 6 gram kulit limau kering dengan air secukupnya selama 10 hingga 15 minit. Kemudian minumlah 2 kali sehari.


5. Anda menghadapi masalah bau mulut? Cubalah kunyah sepotong kecil kulit limau.ia lebih berkesan daripada penyegar mulut.


6. Untuk meringankan rasa sakit atau ngilu pada gigi geraham, cubalah kunyah sepotong kecil kulit limau yang masih segar selama 10 minit sebelum tidur.


7. Untuk merawat gigi sensitif, minum segelas air hangat yang dicampur dengan potongan kulit limau.


8. Wangian khas kulit limau dapat digunakan sebagai aroma terapi yang baik untuk mengubati sakit kepala, kecemasan, dan depresi.


Sumber Asal :

[suaramerdeka.com]

No comments:

Post a Comment