Saturday, April 19, 2014

HERBA YANG MEMBINA MINDA

SEPATUTNYA SETIAP KELUARGA TERUTAMA IBUBAPA PERLU AMBIL TAHU tentang terdapat beberapa makanan yang dapat membentuk dan membantu meningkatkan daya ingatan. Penjagaan yang baik terhadap makanan yang disyorkan berpotensi membantu mengguatkan daya ingatan.

Berikut beberapa contoh makanan yang telah dikenalpasti dapat meningkatkan daya ingatan dan membina minda.



TEH HIJAU

Polifenol boleh ditemui dalam teh hijau dan bertindak sebagai antioksidan yang berfungsi mencegah kerosakan sel-sel otak serta meningkatkan memori. Polifenol mengikut wikipedia adalah kumpulan bahan kimia mempunyai peranan sebagai antioksidan yang baik untuk kesihatan.

Antioksidan polifenol dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, mengurangkan peningkatan kolesterol dalam darah dan mencegah kanser. Terdapat juga kajian yang menyimpulkan bahawa polifenol dapat mengurangkan risiko penyakit Alzheimer.

Polifenol juga boleh ditemui pada kekacang, teh hijau, teh putih, anggur merah, anggur putih, minyak zaitun, derivatif, coklat hitam dan juga delima.

Kadar polifenol yang lebih tinggi juga boleh didapati pada kulit buah-buahan seperti anggur, epal dan oren.




BERRIES

Berries yang kaya dengan quercetin adalah merupakan fitokimia dari zat warna dan mempunyai fungsi antioksidan yang sangat tinggi, anti-histamin dan anti-inflamasi, turut dipercayai dapat membantu fungsi sel- sel otak. Berries juga mengandungi banyak antosianin yang berfungsi baik untuk mencegah penurunan tahap memori seseorang, terutama yang berkaitan dengan penyakit Alzheimer.

Beberapa jenis buah yang baik untuk fungsi otak adalah raspberry, epal dan blueberry.

SAYUR-SAYURAN BERDAUN HIJAU

Sayuran hijau dipercayai dapat meningkatkan daya ingatan dalam jangka panjang. Bayam, salad, brokoli, kembang kol dan kubis adalah beberapa jenis sayur-sayuran hijau yang mengandungi banyak vitamin dan mineral yang telah diketahui dapat membantu dalam menjaga fungsi keseluruhan sistem badan manusia.

MADU

Madu sangai dikenali kerana khasiatnya yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit dan banyak digunakan dalam perubatan alternatif. Disyorkan memakan satu sudu setiap pagi kerana madu bertindak dan membantu meningkatkan daya ingatan dan juga membantu anda mengurangkan berat badan.

GANDUM

Gandum mempunyai khasiat meningkatkan daya ingatan otak yang dapat mengurangkan risiko dari penurunan kognitif yang boleh menyebabkan Alzheimer. Makanan gandum berasaskan bijirin, wheatbrand dan pasta gandum memberikan vitamin B12 dan B6 yang boleh mempertahan daya ingatan otak kita.

TOMATO

Tomato adalah buah yang cukup bermanfaat untuk meningkatkan daya ingatan akibat dari faktor usia, dan juga penyebab menurunnya daya ingatan otak. Ini kerana tomato kaya akan Lycopene dan antioksidan yang boleh membantu melindungi kerosakan yang diakibatkan oleh radikal bebas yang disebabkan kerana faktor usia.

BLACKCURRANT

Blakcurrant mengandungi Vitamin C yang sangat tinggi dan sangat terkenal mempunyai kekuatan untuk meningkatkan ketangkasan mental dalam berfikir serta bertindak. Selain membantu mencegah terjadinya penurunan daya ingatan, blackcurrant juga mampu memelihara otak dari racun akibat persekitaran mahupun makanan serta mencegah terjadinya penurunan daya ingatan.

KUACI BIJI LABU

Kuaci Biji Labu mengandungi zat zink yang dapat meningkatkan daya ingatan otak serta memelihara ketajaman otak dan fikiran.

ROSEMARY

Rosemary digunakan sebagai rempah dalam salad dan topping berguna untuk meningkatkan
kemampuan memori. Tanaman ini kaya dengan antioksidan yang menggalakkan perkembangan otak. Menariknya, bau dari bunga ini ternyata juga mempunyai kesan positif pada otak kita.

COKLAT

Kajian telah menunjukkan bahawa makan coklat meningkatkan pengeluaran endorfin iaitu bahan yang menyebabkan mood yang lebih baik serta merangsang memori. Coklat juga mengandungi jumlah kafein yang sederhana bertindakmerangsang dan meningkatkan suasana nyaman di hati dan perasaan kita.

Disarankan memakan hanya sepotong kecil coklat yang kaya koko merupakan penyelesaian yang sesuai dan sihat kerana diingatkan penggambilan yang berlebihan boleh menyebabkan penambahan berat badan berikutan kandungan kalori yang agak tinggi.

Walaupun terdapat pelbagai jenis makanan yang disyorkan, tetapi masih ramai yang tidak mampu dan mahu mempraktikkannya.

Berikutan itu anda disyorkan mengambil makanan tambahan atau suppliment untuk membina minda anda.

Sumber Asal:

http://otakgenius.com/

No comments:

Post a Comment