Monday, April 28, 2014

PEMAKANAN SIHAT

Kaedah Pemakanan Cegah Kanser .

 

Kali ini saya akan berbicara mengenai kaedah mencegah kanser melalui pemakanan. Dalam pengalaman saya mengubati pesakit kanser di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, ini adalah salah satu soalan yang selalu ditanya pesakit terutama yang telah menjalani pembedahan dan rawatan kemoterapi atau radioterapi. Mereka telah sihat tetapi tidak mahu kanser datang kembali (cancer relapse atau cancer recurrence.)

Nabi Muhammad SAW bersungguh-sungguh menyeru prinsip "mencegah lebih baik daripada mengubati".

Dalam mencegah penyakit kanser, ada tiga faktor yang kita perlu fokus iaitu gaya hidup sihat, diet seimbang dan stres minimum.

Tidak dinafikan, antara punca utama kanser adalah gaya hidup tidak sihat seperti merokok, mengambil minuman keras, tekanan emosi atau stres berterusan manakala faktor utama adalah pemakanan tidak teratur dan seimbang. Ini pendorong kuat kepada kanser membarah di dalam tubuh.


TIPS MAKAN

Makanan Paling Sihat Di Makan Waktu Malam 

 



Ramai yang takut untuk makan lewat malam kerana beranggapan ia tabiat yang menggemukkan. Sebenarnya ia bergantung kepada jenis dan jumlah kalori makanan ringan yang diambil, tidak kira waktu siang ataupun lewat malam.

Elakkan makanan ringan yang mengandungi karbohidrat berkanji dan lemak yang tinggi, terutamanya pada waktu malam kerana tenaga berlebihan yang dihasilkan akan berkumpul menjadi lemak.

Berikut adalah beberapa jenis makanan ringan yang sihat dan elok diambil ketika lewat malam atau sebelum tidur sekiranya berasa lapar. Ia bukan sahaja dapat menghilangkan rasa lapar, malah lebih mudah untuk tidur dengan lebih lena. 


Sunday, April 27, 2014

TOMATO

Khasiat Buah Tomato

TOMATO atau nama saintifiknya Iycopersicon esculetum sememangnya digemari ramai. Sama ada diratah begitu sahaja atau digandingkan dalam pelbagai jenis masakan, tomato menjanjikan keenakan tersendiri. Hidangan Mediterranean dan Asia Barat menjadikan tomato sebagai bahan asas yang paling kerap digunakan.
 
Berasal dari keluarga Solanaceae, tomato kaya dengan zat besi, serat serta vitamin A dan C yang diperlukan untuk mengekalkan kecergasan badan. Ia juga mengandungi fruktosa, glukosa, asid folik, potasium, kalsium dan mineral garam. Malah kajian di Amerika Syarikat mendapati pigmen merah pada kulit tomato mengandungi lycopene yang dikatakan mampu mengurangkan risiko barah prostat di kalangan kaum lelaki. Lycopene menawarkan khasiat antioksida semula jadi yang baik untuk kesihatan badan. Khasiat tomato juga berkait rapat dengan kecantikan kulit.


Saturday, April 26, 2014

LOBAK MERAH

10 Khasiat Lobak Merah

Jom amalkan makan lobak merah dalam pemakanan harian kita.

terdapat 10 perkara yang anda perlu tahu tentang kebaikan lobak merah:

Kulit:

Lobak merah sangat baik untuk kulit kerana mempunyai Vitamin A dan antioksidan yang akan melindungi kulit daripada sinaran matahari. Lobak merah menghalang jerawat, kulit kering, kedutan pra-matang dan membantu anda untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah

Mata:

Lobak merah adalah sumber yang kaya dengan Vitamin A dan B yang membantu anda untuk menghasilkan penglihatan yang lebih baik.

Friday, April 25, 2014

JENIS MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN.

3 Makanan Yang Perlu Dielak Ketika Menghadapi Kemurungan.

 

Masyarakat hari ini rata-ratanya kerap mengalami tekanan disebabkan oleh pengingkatan taraf kehidupan manusia yang semakin berkembang dan seterusnya menyumbang ke arah kemurungan. Kajian terbaru menunjukkan bahawa memakan makan tertentu dapat meningkatkan kebarangkalian terjadinya kemurungan atau memburukkan lagi kemurungan yang sedia ada.

Elakkan mengambil 3 jenis makanan berikut dengan kerap bagi megelakkan kemurungan:



Thursday, April 24, 2014

KULIT LIMAU

Khasiat & Manfaat Kulit Limau.



Buah limau merupakan sumber terbaik vitamin C, baik untuk kesihatan dan perawatan kulit. Namun tahukah anda, sebahagian besar manfaat buah ini terletak pada kulitnya.
 

Kulit limau mengandungi empat kali lebih banyak serat berbanding isi buahnya, antaranya ia banyak mengandungi tangeretin dan nobiletin-flavonoid sebagai zat antikanser, antidiabetes, dan anti-inflamasi.
 

Satu kajian pada tahun 2004 menunjukkan, kulit buah limau lebih efektif menurunkan kadar kolesterol LDL daripada ubat yang terjual di kedai. Zat flavon polymethoxylated pada kulit limau juga baik untuk mencegah penyakit jantung dan peradangan, menurut penelitian ini.


Berikut sejumlah manfaat kesihatan dari kulit limau;


Wednesday, April 23, 2014

BUAH KIWI

Buah Kiwi Kaya Dengan Khasiat


BUAH kiwi mempunyai pelbagai kandungan nutrisi yang diperlukan setiap hari sebagai diet sihat. Cukup sekadar menikmati dua biji buah kiwi bersaiz sederhana setiap hari, tubuh kita lengkap dengan khasiat yang diperlukan.

Buah kiwi bukan saja sedap, malah dikatakan sajian gizi terbaik untuk dinikmati kerana mempunyai sumber mineral seimbang, vitamin semula jadi dan membekalkan antioksidan untuk tubuh. Vitamin C, serat dan potasium juga dikesan terdapat dalam buah kiwi. Kajian mendapati buah kiwi mempunyai sehingga 120 kandungan kalori atau 60 kalori dalam sebiji buah kiwi untuk tubuh manusia.

Menariknya menurut fakta, buah kiwi mengandungi dua kali ganda jumlah vitamin C berbanding oren selain mengandungi dua kali ganda vitamin E berbanding avokado. Kandungan khasiatnya sesuai untuk hidangan mereka yang mementingkan kesihatan dan pesakit kencing manis kerana mengandungi indeks glisemik (GI) yang rendah serta mengandungi serat sama tinggi dengan hidangan emping bijirin.


Tuesday, April 22, 2014

BUAH YANG TERPILIH


Berikut adalah jenis buah-buahan berserta hikmah dan manfaat yang disebutkan di dalam Al-Quran

1. PISANG
   
“Berada di antara pohon bidara yang tidak berduri dan pohon-pohon pisang yang bersusun-susun (buahnya), dan naungan yang terbentang luas dan air yang tercurah dan buah-buahan yang banyak, yang tidak berhenti (buahnya) dan tidak terlarang mengambilnya.” (al-Waaqi’ah [56]: 28-33)

Pisang, yang kaya dengan vitamin B6, juga buah yang sangat bergizi, terdiri dari air (75%), protein (1.3%) dan lemak (0.6%). setiap buah pisang juga mengandungi karbohidrat dan potassium dalam jumlah yang mencukupi. selain dapat menolong menyembuhkan banyak penyakit, pisang sangat di galakkan untuk menyembuhkan demam, gangguan sistem pencernaan dan kejang-kejang. selain itu, pisang juga menurunkan tekanan darah dan digunakan untuk penyembuhan pelbagai alergi.


Monday, April 21, 2014

TEBU

 Antara Manfaat Tebu 



Siapa yang tidak pernah makan atau minum air tebu? Saya pasti semua pernah merasa manis air tebu, paling seronok jika diminum ketika cuaca panas kerana mampu menghilangkan dahaga dan haus.

Semasa kecil, keliling rumah nenek saya penuh ditanam dengan tebu dengan segala sayur dan buah-buahan. Petang-petang kami akan berkumpul dan mencari hasil seperti ubi kayu dan tebu. Petang-petang memang sedap jika makan tebu yang sememangnya manis semulajadi.

Diriwayatkan dalam hadis sahih Al-Haudh,"Maknanya lebih manis daripada gula."

Tebu merupakan  sesuatu yang baru bagi orang dahulu, bahkan mereka tidak tahu bahawa gula itu ada. Disebabkan itu, madu diceritakan secara meluas sebagai minuman ataupun ubat berbanding gula.

Di Malaysia tebu ditanam secara komersial untuk menampung keperluan harian masyarakat dalam kehidupan harian. Tebu ini bersifat panas dan basah, mampu untuk meredakan batuk dan membersihkan lendir jika diproses dengan membuangkan hampasnya.  Tebu juga dikatakan boleh membersihkan pundi kencing dan kerongkong, kerana ianya lebih berkesan sebagai julap yang membersihkan segala ruang pembuangan tubuh manusia.



Sunday, April 20, 2014

DAUN SIRIH

14 Khasiat Daun Sirih



Daun sirih sememangnya sudah menjadi amalan golongan dari dahulu lagi. Pasti anda mempunyai pengalaman melihat atuk atau nenek kita sentiasa mengunyah daun sirih. Tetapi golongan muda kini pasti tidak tahu khasiat yang terdapat pada daun sirih ini.

Khasiat daun sirih ini sudah banyak dikenal dan telah teruji secara klinikal, dan sehingga kini penelitian tentang tanaman ini masih terus dikembangkan. Daun sirih sangat bermanfaat untuk mengubati berbagai penyakit.

Disini kami senaraikan 14 jenis masalah kesihatan yang dapat diubati dengan menggunakan daun sirih.

Batuk
 

Siapkan 15 lembar daun sirih dan tiga gelas air. Cuci daun sehingga bersih dan rebus sampai tersisa menjadi tiga perempat bahagian. Minum bersama madu.


Saturday, April 19, 2014

HERBA YANG MEMBINA MINDA

SEPATUTNYA SETIAP KELUARGA TERUTAMA IBUBAPA PERLU AMBIL TAHU tentang terdapat beberapa makanan yang dapat membentuk dan membantu meningkatkan daya ingatan. Penjagaan yang baik terhadap makanan yang disyorkan berpotensi membantu mengguatkan daya ingatan.

Berikut beberapa contoh makanan yang telah dikenalpasti dapat meningkatkan daya ingatan dan membina minda.



TEH HIJAU

Polifenol boleh ditemui dalam teh hijau dan bertindak sebagai antioksidan yang berfungsi mencegah kerosakan sel-sel otak serta meningkatkan memori. Polifenol mengikut wikipedia adalah kumpulan bahan kimia mempunyai peranan sebagai antioksidan yang baik untuk kesihatan.

Antioksidan polifenol dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, mengurangkan peningkatan kolesterol dalam darah dan mencegah kanser. Terdapat juga kajian yang menyimpulkan bahawa polifenol dapat mengurangkan risiko penyakit Alzheimer.

Polifenol juga boleh ditemui pada kekacang, teh hijau, teh putih, anggur merah, anggur putih, minyak zaitun, derivatif, coklat hitam dan juga delima.

Kadar polifenol yang lebih tinggi juga boleh didapati pada kulit buah-buahan seperti anggur, epal dan oren.


TONGKAT ALI

Antara khasiat dan mudarat tongkat ali



Oleh LAUPA JUNUS

http://www.utusan.com.my

Orang Malaysia cepat terpengaruh ingin cantik cepat, ingin langsing, kuat tenaga dan ingin cepat kaya dan seterusnya tertipu dengan gimik iklan atau produk yang ditawarkan. Kenapa?''

Itu soalan yang dilontarkan oleh Pengarah Loji Pepandu Kejuruteraan Kimia (CEPP) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Dr. Ramlan Aziz yang ditanya mengenai obsesi rakyat negara kita terutama orang Melayu dengan produk prosesan hasilan herba.

Orang Melayu kata beliau, cepat terpengaruh dengan gimik iklan pelaris jualan yang menunjukkan kehebatan produk tertentu tanpa meneliti terlebih dahulu akan kebenarannya.

Pengguna juga mudah dan cepat mendapat hasil diingini tanpa mengira kesan sampingan produk yang mereka gunakan.


Thursday, April 17, 2014

MANFAAT JAGUNG

Jagung juga kaya dengan khasiat.



Berikut manfaat jagung buat kesihatan:

1. Merawat kulit

Jagung kaya akan antioksidan, yang membantu dalam menjaga kulit agar awet muda. Selain dikonsumsi sebagai makanan, dapat juga digunakan minyaknya yang merupakan sumber yang kaya asam linoleat. Tepung jagung juga berguna untuk meredakan iritasi pada kulit.

2. Mencegah anemia

Jagung manis bermanfaat bagi kesihatan kerana kaya akan vitamin B dan asam folat yang mencegah anemia.


3. Memperbaiki pencernaan

Jagung memiliki banyak serat yang merupakan keuntungan besar untuk pencernaan. Hal ini dapat mencegah sembelit, buaasir dan bahkan menurunkan risiko kanser usus besar.

4. Kaya mineral

Wednesday, April 16, 2014

TEMULAWAK

Khasiat Temulawak


Nama Saintifik : curcuma xanthorrhiza

Nama Lain atau Nama farmaseutikal-Rhizoma Curcuma xanthorrhizae, skuat keung wong (kantonis), giant curcuma, false turmer, temu lawak, temulawak, dilaw, dilao, temu putih

Tergolong dalam Famili Zingiberaceae

Kegunaan dan Khasiat temulawak 

Dalam perubatan herba temulawak banyak digunakan untuk mengubat penyakit-penyakit seperti:

1.    Rheumatik dan kesakitan pada otot.
2.    Ubat demam( anti-pyretic)
3.    Masalah hati, demam kuning dan penyakit batu karang
4.    Penyakit kulit
5.    Menghilangkan kekejangan dan mengelaknya dari berulang
6.    Buasir dan masalah kerengsaan pada rektum
7.    Berak berdarah (bloody diarrhea) dan disentri. Juga merawat masalah sembelit
8.    Batuk dan demam pada kanak-kanak.
9.    Masalah keputihan dan jangkitan kulat seperti candida albican pada  vagina.
10.  Penyakit kencing manis.
11.  Gastrik dan gas berlebihan

Sunday, April 13, 2014

INFO SIHAT

-Makanan Terbaik Dalam Membentuk Tubuh Ideal-

Makan tak hanya sekadar untuk menghilangkan rasa lapar.Kita harus selalu memperhatikan hidangan makanan untuk menjaga keseimbangan nutrisi sehingga tubuh selalu sihat sekaligus mewujudkan berat badan yang ideal. 







Berikut 10 jenis makanan yang berkhasiat bagi kesihatan tubuh kita:

1. Apple

Merupakan sumber antioksidan terbaik untuk melawan radikal bebas yang menjadi penyebab berbagai penyakit dan penuaan usia. Mengambil apple secara teratur dapat mencegah penyakit jantung.

2. Avocado

Penyelidik dari Ohio State University mengungkapkan bahawa vitamin yang terkandung dalam buah avacado dapat mencegah pertumbuhan sel penyebab kanser. Avocado merupakan sumber kalori yang sihat dan tidak mengandungi lemak sehingga menjadi pilihan yang tepat untuk menurunkan berat badan.

3. Blueberry

Mengambil blueberry secara rutin dapat meningkatkan imunitasi tubuh kerana blueberry kaya akan kandungan antioksidan dan anti inflamasi. Penelitian yang dilakukan Texas Women’s University mengungkapkan bahawa buah ini dapat menjaga berat badan tetap ideal.

4. Brokoli

Menurut The American Cancer Society,kandungan fitokimia antikanser dalam brokoli dapat mencegah risiko kanser payudara, usus, dan paru-paru. Kandungan asam folat di dalamnya juga mengurangi risiko penyakit Alzheimer. 




Saturday, April 12, 2014

KULIT KAYU MANIS

Khasiat Kulit Kayu Manis


 Kulit kayu manis adalah antara rempah yang biasa digunakan dalam masakan Melayu. Ia mempunyai khasiat yang sangat tinggi dalam pengubatan tradisi beberapa jenis penyakit disamping boleh juga digunakan sebagai pengawet semulajadi. Aromanya dapat merangsang minda termasuk daya kognitif seseorang. Menambahkan rempah kulit kayu manis ke dalam makanan tinggi karbohidrat dapat mengurangkan kesan kandungan gulanya ke atas darah anda dan ini bagus untuk penghidap penyakit kencing manis.

Kulit kayu manis dari segi saintifiknya dikenali dengan nama Cinnamomum zeylanicum dan berasal dari keluarga Lauracea. Ia berfungsi memanas dan mengering, dari itu sesuai diamalkan bagi megubati selesema serta melancarkan pengaliran darah. Ia dikunyah bagi mengeringkan hingus. Amalan membancuh susu yang dicampur dengan sedikit serbuk kulit kayu manis juga berkesan untuk meredakan sakit itu.

Kesannya lebih lembut daripada halia tetapi tindakannya lebih keras. Kedua-dua herba itu seringkali direbus bersama-sama bagi menghasilkan minuman yang melegakan bagi mengatasi masalah lenguh-lenguh badan, terutamanya dibahagian kaki, tangan, lutut dan pinggang berpunca daripada kesejukkan.

Air rebusan kulit kayu manis dan halia juga sesuai diamalkan oleh kaum wanita yang sering mengalami senggugut atau kesakitan dibahagian ari-ari dan kaki. Disamping itu ia juga boleh digunakan untuk berkumur untuk mengubati sakit gusi dan juga menghilangkan masalah pernafasan berbau.



KHASIAT KUNYIT



KUNYIT sering kali menjadi rempah yang digunakan di dalam masakan dan turut dijadikan sebagai jamu. Malah kita biasa mendengar kunyit dengan nama saintifiknya 'curcuma longa' yang digunakan untuk kecantikan wajah dan kulit.

Menurut pensyarah yang juga pengkaji herba dari Universiti Oxford di United Kingdom, Profesor Gerard Bodoker berkata, kunyit mempunyai bahan aktif utama dengan nama 'curcumin' yang mampu menguatkan sistem imuniasi atau penahanan badan dari serangan penyakit.

"Curcumin merupakan antara bahan penyembuh terbaik di dunia dalam perubatan tradisional dan moden. Dengan sebiji pil dari ekstrak curcumin ini seolah-olah mengambil 20 sudu teh serbuk kunyit yang terdapat di setiap dapur," katanya pada taklimat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di Kuala Lumpur.

Beliau berkata, pakar perubatan dari Pusat Kanser Texas mendapati curcumin mempunyai keupayaan anti-oksida yang mampu meneutralkan radikal bebas yang menjadi akar umbi penyakit kanser.

Radikal bebas adalah bahan kimia yang meresap ke dalam darah dan merosakkan sel-sel di dalam badan.

Menurut salah seorang pasukan penyelidik berkenaan, Dr Thomas Evans, curcumin mengandungi komponen bioaktif polyphenol yang membantu mencegah tanda-tanda awal kanser.

"Apa yang lebih menakjubkan tentang curcumin bahawa ia bersifat anti radang dan antioksida yang berkesan untuk mencegah penyakit dan amat baik buat mereka bagi mencapai tahap kesihatan yang optimum," kata Dr Bodeker.

Selain curcumin yang diekstrak dari kunyit, ia turut mempunyai rumusan teh hijau, mengandungi bahan aktif dengan nama 'catechins' yang boleh mencegah kerosakan sel-sel di dalam badan.

Beliau berkata, teh hijau yang merupakan salah satu lagi herba tradisional dipercayai melancarkan peredaran darah dan menurunkan kadar kolestrol.

"Malah ia kini menjadi saranan kepada mereka yang menghidap penyakit berkaitan jantung dan tekanan darah tinggi," katanya.

Dr Bodeker merupakan pakar dalam kesihatan dan perubatan tradisional di Asia termasuk China, India, Thailand, Malaysia, Indonesia, Vietnam dan Myanmar. Beliau merupakan anggota fakulti bagi Projek Asia Tenggara Universiti Oxford.

Menariknya, Dr Bodeker turut menerbitkan sebuah buku mengenai perubatan tradisional di Malaysia yang bertajuk 'Health and Beauty from the Rainforest - Malaysian Traditions of Ramuan' (Kesihatan dan Kecantikan dari Hutan Hujan - Ramuan Tradisional Malaysia).

Beliau kini sedang mengusahakan sebuah buku mengenai ramuan tradisional bagi perubatan Cina.

Sumber Asal :
 

IWAN SHU-ASWAD SHUAIB.

mstar.com.my

Thursday, April 10, 2014

CENGKIH :KHASIAT & KEBAIKKAN.

Khasiat dan kebaikan cengkih



Rupa bentuknya kecil tetapi ia ada banyak kegunaan dan memberi manfaat untuk kesihatan. Apa yang pasti, apabila disebut bunga cengkih pasti suri rumah mengenalinya sebagai bahan masakan.

Kegunaan utamanya dalam masakan, antaranya ialah sebagai bahan rempah untuk membangkitkan aroma dan juga bagi menambahkan rasa sedap. Justeru, bagi yang gemarkan haruman enak dalam hidangan disediakan, khususnya masakan menggunakan kari atau berasaskan pajeri dan acar, jangan lupa mencampurkan bunga cengkih.

Aroma semerbak yang diterbitkan apabila bunga cengkih ditumis bersama dengan bahan rempah ratus lain, termasuk kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, biji sawi dan sebagainya, membangkitkan selera sehingga rasa tidak sabar untuk menikmati masakan itu.

Cengkih digunakan sebagai perencah, baik dalam bentuknya yang utuh atau sebagai rempah serbuk. Ia bukan saja digunakan di Asia, malah di Eropah.

Selain menyedapkan masakan, cengkih juga boleh digunakan untuk meningkatkan kesihatan dalam penyediaan makanan. Misalnya, kajian di Universiti Kansas di Amerika Syarikat berkaitan rempah mendapati, cengkih berkuasa sebagai antibakteria dan membantu memusnahkan Escherichia Coli Infection (E.Coli) dalam daging.

Caranya, gaul satu sudu serbuk cengkih pada daging sebelum memasak sebagai cara untuk menjadikan hidangan anda sekeluarga menyihatkan.

Bukan saja untuk aroma makanan, ramuan cengkeh juga digunakan untuk menghasilkan wangian yang memberikan haruman dengan impak tersendiri.

Bantu tingkatkan kesihatan

Satu lagi cerita menarik mengenai cengkih yang pernah diperkatakan ialah mengenai amalan seorang guru agama di pondok tersohor di Kelantan, yang selalu mengunyah rempah itu sejak berumur 17 tahun lagi. Walaupun sudah mencecah usia 90an, Tok Guru itu dikatakan, masih sihat dan boleh mengaji al-Quran dan mengajarnya dengan baik.

Amalan Tok Guru itu mengunyah cengkih 10 kuntum setiap hari dan menghisap airnya, dikatakan membantu meningkatkan kesihatannya supaya sentiasa sihat manakala penglihatannya masih tajam. Itulah antara kehebatan cengkih, tanpa perlu mengeluarkan belanja banyak, ia ternyata amat berguna dan memberi manfaat dalam penjagaan kesihatan.

Hakikatnya, cengkih banyak mengandungi kandungan kimia yang bermanfaat kepada bidang kesihatan. Kajian mengenai rempah ini mendapati, eugnol yang dimilikinya dapat mencegah pembekuan darah dan dapat membantu mencegah strok.

Cengkih turut digunakan untuk mengubati beberapa penyakit. Malah, pengambilannya membantu merangsang pengaliran darah. Dengan itu pencernaan dan metabolisme tubuh mampu meningkat.

Penyelidik Jepun mendapati, seperti kebanyakan rempah ratus, cengkih mengandungi antioksida. Antioksida membantu mencegah kerosakan sel yang akhirnya menyebabkan barah.

Dalam perubatan Cina pula, cengkih sering digunakan untuk mencegah mual dan mengatasi gangguan pencernaan. Rebusan cengkih bersama daun basil dan daun pudina, dipercayai dapat menurunkan tekanan.

Penggunaan rawatan tradisional

Selain itu, ia juga digunakan secara meluas dalam penjagaan pergigian untuk melegakan sakit gigi, sakit gusi dan ulser mulut. Perisa dan minyak cengkih menyekat pertumbuhan bakteria. Justeru, untuk gusi yang sihat, masukkan satu atau dua sudu cengkih dalam satu cawan teh pekat dan minum.

Cengkih atau nama saintifiknya Eugenia Aromaticum juga mengandungi pelbagai mineral, termasuk besi, magnesium, fosforus, natrium, kalsium, asid hidroklorik, kalium dan Vitamin C, K dan A.

Khasiat itu juga menyebabkan sejak dulu, cengkih terkenal digunakan sebagai ramuan untuk perubatan tradisional. Antaranya, menghilangkan bau mulut iaitu dengan cara, ambil sekuntum bunga cengkih hidup atau yang kering dan kunyah.

Zaman dahulu, cengkih juga lazim digunakan untuk mengubati penyakit campak. Caranya, rendam semalaman beberapa cengkih di dalam air masak, kemudian ditambah dengan gula batu dan kacau hingga rata. Lalu, minum air berkenaan sedikit demi sedikit secara teratur.

Ada juga menggunakannya untuk mengubati batuk iaitu dengan mencampurkan bersama beberapa bahan lain seperti sirih, pelaga, gula batu dan sebagainya. Bahan dicampur direbus, kemudian airnya ditapis dan diminum dua kali sehari bagi menghilangkan batuk.

Selain untuk rawatan, cengkih juga berguna untuk beberapa petua lain seperti untuk mengusir nyamuk dan semut. Malah, cengkih juga dikatakan berkesan sebagai perangsang seksual atau menaikkan syahwat untuk lelaki.

Menarik mengenai cengkih

* Pada abad keempat, Raja Dinasti Han Cina memerintah setiap orang yang akan mendekatinya mesti mengunyah cengkih terlebih dulu supaya nafas mereka harum.

* Pada zaman Romawi, cengkih, pala dan lada adalah rempah ratus yang tersangat mahal.

* Cengkih menjadi bahan dagangan pertukaran oleh bangsa Arab pada abad pertengahan. Pada akhir abad ke-15, orang Portugis mengambil alih dagangan pertukaran di Lautan Hindi, seterusnya menguasai perdagangan cengkih melalui perjanjian Tordesillas dengan Sepanyol.

* Orang Portugis membawa cengkih yang mereka peroleh dari kepulauan Maluku ke Eropah dengan harga satu kilogram (kg) cengkih bersamaan 7 gram emas.

* Perdagangan cengkih akhirnya didominasi oleh orang Belanda pada abad ke-17. Orang Perancis berhasil membudayakan tanaman cengkih di Mauritius pada 1770. Diikuti dengan Guyana, Brasilia dan Zanzibar.

* Pokok cengkih tertua di dunia tumbuh di wilayah Tongole, daerah Ternate Tengah, enam kilometer dari pusat kota Ternate, Indonesia. Pokok yang disebut sebagai Cengkih Afo ini berumur 416 tahun, tingginya 36.60 meter (m), berukuran lilit 198m dan keliling batang 4.26m. Setiap tahun ia, menghasil sekitar 400kg bunga cengkih.

* Doktor tradisional Cina sudah lama menggunakan cengkih untuk merawat senak perut, masalah penghadaman, cirit-birit, angin pasang (hernia) dan kurap, serta penyakit celah jari kaki (athlete's foot) dan lain-lain jangkitan kulat.

* Pengamal perubatan tradisional Ayurveda India menggunakan cengkih sejak zaman purba bagi merawat penyakit pernafasan dan penghadaman.

* Perubatan herba zaman pertengahan Jerman menggunakan cengkih sebagai sebahagian daripada ramuan campuran rawatan anti-gout.

Oleh Nor Affizar (Berita Harian)

Khasiat Daun Pudina

| DAUN PUDINA |




Daun pudina adalah sejenis herba yang berbau segar dan selalu digunakan pada masakan2 terutama masakan India + Malaysia iaitu Baryani ayam + daging + kari. Tanpa daun pudina masakan seakan terasa kurang power. Lagi-lagi untuk mereka yang gemar menggunakannya sebagai pemanis mulut dan sebagainya.

Daun pudina juga bukan saja hebat dipergunakan untuk masakan tetapi sebalik baik untuk mereka yang gemar berdiet + menjaga kesihatan diri luar dan dalam.

Tahukah kita bahawa daun pudina juga sangat baik untuk anak2 kecil meminumnya?

KEBAIKKAN DAUN PUDINA

- Membantu saluran pencernaan. Jika terkena cirit birit atau sakit perut boleh ambil jus pudina untuk rawatan

- Membantu bertindak menjadi penyejuk kepada kulit + membantu dalam masalah kegatalan kulit

- Membantu mengurangkan sindrom usus + membersihkan perut + menghilangkan masalah kulit seperti jerawat = minum teh pudina ( resipi disertakan dibawah)

- Membantu dalam menghapuskan toksin dari badan

- Membantu dalam pemutihan gigi + memerangi nafas berbau = hancurkan daun pudina dan gosok terus ke gigi.

- Menjadi pembersih yang sangat baik untuk darah kita

CARA PENYEDIAAN TEH PUDINA + JUS PUDINA

=> Mengambil jus pudina merawat cirit birit + sakit perut + membersihkan usus

=> Teh pudina = Rendam teh uncang + beberapa helai daun pudina dengan air panas = hidangkan dalam gelas dengan ais kiub + gula. Menyegarkan badan terutama mata mengantuk.

=> Jus pudina = Blend 15 helai daun pudina + segelas air masak atau mineral. Tapis dan ambil jus saja. Tambahkan ais kiub + gula = Siap diminum. Untuk anak2 hidangkan tanpa ais kiub. Bagus untuk mereka yang ingin berdiet.

CARA PENYEDIAAN MASKER + HITAM BAWAH MATA

++>> Daun pudina merawat hitam bawah mata + melembapkan kulit muka

++>> Masker = Tumbuk halus dan campurkan dengan plain yogurt. Sapukan pada muka dan biarkan 30 minit. Cuci dengan air suam. Kemudian bilas dengan air sejuk. InsyaAllah wajah akan lembap + lembut + tiada jerawat.

++>> Hitam mata = Tumbuk halus dan sapu rata pada bawah mata. Biarkan 15 minit. Bilas dengan air suam + sejuk. InsyaAllah mata hitam akan hilang secara perlahan2..

Nota:

Banyak khasiat daun pudina yang kita tidak tahu. Selain sedap dalam masakan pudina juga hebat untuk kesihatan luar dan dalam.

P.S. Jangan tak cuba. Yang selalu mengadu sakit perut atau cirit birit bagus minum. Selamat mejaga kesihatan luar dan dalam untuk keluarga tersayang.



Sumber Asal:

kongsibersamanora.blogspot.com