Thursday, April 2, 2015

Khasiat Daun Salam

Daun salam tingkat daya tubuh

Kegunaan daun salam atau juga dikenali daun bay bukan sekadar penyedap rasa masakan, malah berkhasiat untuk membantu mengatasi pelbagai masalah kesihatan dan mengekalkan kesegaran tubuh.

Daun salam dikatakan mampu melawan beberapa jenis kanser, malah pengambilan daun salam secara teratur dapat meningkatkan daya tahan tubuh dan menjaga kesihatan.

Mencegah kanser

Daun salam kaya dengan vitamin C, vitamin A, zat besi, kalsium dan magnesium. Kandungan lain yang terdapat di dalam daun salam antaranya adalah kandungan asid caffeic, eugenol, quercetin dan catechin. Parthenolide adalah zat fitonutrien yang terkandung di dalam daun salam. Zat ini dipercayai dapat menyingkirkan sel kanser serviks dengan cara menginduksi apoptosis, meminimumkan aktiviti penggalak tumor dan menyingkir tumor yang berhubung dengan angiogenesis. Untuk menggunakan daun ini, masukkan dua lembar daun salam dalam setiap masakan atau menjadikannya teh.

Baik untuk kesihatan jantung

Daun salam mengandung beberapa bahagian penting untuk kesihatan tubuh seperti asid caffeic, fitonutrien dan salisilat yang berperanan penting untuk menjaga kesihatan jantung sehingga seseorang yang mengambil daun salam atau mencampurkan daun salam ke dalam masakannya berisiko rendah untuk diserang penyakit jantung.

Mengatasi radang

Kandungan parthenolide dalam daun salam berkhasiat sebagai agen antiradang semula jadi. Daun salam membantu untuk menangani penyakit artritis dan beberapa jenis radang lain. Selain itu, daun salam juga dapat membantu mengatasi gangguan ketika haid pada wanita, mengatasi reumatik, mengubati luka dan mengatasi gangguan kencing. Untuk memperoleh manfaat ini, anda boleh merebus 10 lembar daun salam dengan tiga gelas air. Rebus dan minum ramuan tersebut setiap hari secara teratur.

Mengubati gangguan pencernaan

Khasiat daun salam juga dipercayai dapat membantu mengubati gangguan pencernaan dan gangguan perut. Enzim yang terdapat di dalam daun salam dapat membantu mengatasi kerosakan protein dan memperbaiki sistem pencernaan. Jika anda mengalami gangguan pencernaan, minum air rebusan daun salam secara teratur.

Mengatasi penyakit diabetes

Daun salam berkhasiat sebagai antioksidan, antiinflamasi, antikulat dan antibakteria. Sifat antioksidan yang dimiliki daun salam dapat membantu mengatasi penyakit diabetes. Dengan antioksidan yang cukup, tubuh penderita diabetes pun dapat memproses hormon insulin dengan lebih baik.

Baik untuk darah tinggi

Daun salam memiliki kandungan flavonoid dan zat tanin yang cukup banyak untuk membolehkannya mengatasi tekanan darah tinggi. Untuk menyebuhkan darah tinggi dengan daun salam, siapkan 10 lembar daun salam. Cuci bersih daun alam dan rebus dengan tiga gelas air. Didihkan dan biarkan hingga airnya hanya tersisa satu gelas saja. Minum ramuan ini satu kali sehari secara teratur.

Penyakit gout

Daun salam juga sangat bermanfaat untuk menangani gout. Ia mengandungi vitamin B kompleks dan vitamin C yang dapat membantu mengubati gout. Untuk mengubati gout, sediakan 10 lembar daun salam yang sudah dijemur kering. Cuci daun terbabit hingga bersih. Rebus daun salam dengan 10 gelas air dan biarkan sampai hanya tinggal tujuh gelas. Minum air daripada rebusan daun salam terbabit semasa masih panas.

Meningkatkan daya tahan tubuh

Daun salam juga bermanfaat untuk meningkatkan daya tahan tubuh kerana daun salam mengandung vitamin C dan memiliki sifat antioksidan semula jadi sehingga dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Untuk mendapatkan khasiat daun salam, campurkan daun salam dalam masakan.

Membantu program diet sihat

Mengambil air rebusan daun salam juga dapat menjadi salah satu penyelesaian diet semula jadi kerana daun salam mengandung enzim dan serat. Jika ingin menjalankan diet sihat dengan daun salam, sediakan 30 lembar daun salam, cuci bersih dan rebus dalam empat gelas air. Didihkan dan biarkan sampai airnya tinggal separuh. Tunggu hingga sejuk dan minum ramuan ini dua gelas setiap hari secara rutin sebelum tidur..

Sumber : My Metro

Friday, March 20, 2015

Khasiat Bawang Putih

7 Kebaikan Bawang Putih

Untuk pengetahuan anda, bawang putih mempunyai banyak khasiat di mana ia dapat melindungi tubuh dari diserang penyakit jantung dan kanser serta menghapuskan 60 jenis kulat dan 20 jenis bakteria.  

Mari ikuti kenapa bawang putih sangat baik untuk kesihatan anda. 

 

1)      Mengurangkan Kolestrol

Keinginan untuk sihat pasti menjadi idaman wanita. Dengan penggunaan bawang putih dalam masakan atau memakan bawang putih secara mentah, anda dapat menurunkan kadar kolesterol dalam badan sekiranya di ambil secara berterusan dalam jangka masa panjang.  Di pasaran kini, terdapat banyak pil yang lebih mudah untuk anda makan tetapi masih mempunyai khasiat yang sama.

 

2)      Elakkan Kanser Perut

Kesihatan adalah penting kepada pasangan dan anda dalam pengamalan diet pemakanan yang seimbang. Sekiranya anda menggunakan bawang putih, penyakit seperti kanser perut dapat dielakkan. Ini kerana, bawang putih menghalang nitrat diet daripada menjadi sel kanser.

 

3)      Menghalang Kemerosotan Otak

Tidak semestinya tubuh badan sahaja perlu sihat, anda juga pasti menginginkan otak yang sihat dan cerdas. Tanpa otak yang sihat, anda mungkin tidak dapat membuat keputusan dengan betul dan berada dalam keadaan tenang. Oleh itu, amalkan bawang putih untuk menghalang kemerosotan otak serta membantu meningkatkan sistem ketahanan badan.

 

4)      Awet Muda

“Oh, tidak! Garis-garis kedutan sudah mula nampak di dahi, bawah lingkaran mata, dan dagu”.  Masalah ini pasti membelenggu fikiran anda apabila umur meningkat seiring masa.  Terutamanya kepada wanita yang mementingkan kecantikan tubuh badan dan rupa. Usah risau, bawang putih dapat melambatkan proses penuaan anda untuk jangka masa panjang.  Wajah anda akan tampak lebih muda dengan amalan yang berterusan. 

 

5)      Mengurangkan Stress

Persekitaran yang bising di tempat kerja, cuaca yang panas dan tidak menentu, masalah kewangan, masalah keluarga yang mengganggu perasaan dan pemikiran anda yang akan diakhiri dengan tekanan perasaan seperti stress.  Jangan biarkan diri anda dibelenggu masalah, tenanglah dalam menyelesaikan sesuatu masalah.  Untuk kesan yang lebih baik, amalkanlah pemakanan bawang putih dalam masakan, kerana ia juga dapat mengurangkan tekanan yang anda alami. 

 

6)      Terhindar Serangan Jantung

Disamping mengurangkan kadar kolesterol dalam badan, khasiat bawang putih ialah untuk mencegah tubuh dari diserang penyakit jantung.  Kini, serangan jantung tidak mengira peringkat umur. Kepada bakal pengantin dan pasangan pengantin baru, adalah terbaik sekiranya anda bertindak dari sekarang. Sesungguhnya, mencegah lebih baik daripada merawat.

 

7)      Meningkatkan Selera makan

Ini adalah berita baik buat anda yang ingin menambahkan berat badan.  Khasiat daripada bawang putih boleh membantu anda untuk meningkatkan selera makan.  Tidak perlu ubat atau vitamin tambahan, dengan masakan yang mengandungi bawang putih, anda sudah mendapat keputusan yang diingini.

 

Selamat mencuba.

Sumber :karangkraf. com

Thursday, March 19, 2015

JUS LEMON SANGAT BERKHASIAT

Khasiat jus lemon

Kulit putih bersih, tanpa sebarang noda yang mampu mencacatkan penampilan wajah menjadi idaman setiap wanita. Tidak kira apa latar belakang seseorang itu, semua menginginkan rupa paras sempurna.

Keinginan memiliki kulit cerah terutama di kalangan wanita di negara Asia membuatkan ramai mencuba pelbagai bahan kosmetik dan teknik supaya kelihatan menawan. 

Ada yang mengeluarkan perbelanjaan besar untuk mencapai tujuan itu. Malah ada sanggup mengambil risiko memakai produk yang mempunyai bahan kimia terlarang hydroquinone, asalkan kulit mereka menjadi cerah.

Biarpun jumlah melanin dalam kulit sudah ditentukan secara genetik dan sukar untuk seseorang yang gelap bertukar menjadi putih, setiap kulit mampu kelihatan berseri-seri dan bersih dengan penjagaan serta rawatan.

Tidak perlu berhabis wang atau berhadapan risiko kulit terbakar dan rosak semata-mata mahu kelihatan cantik, sedangkan alam semula jadi sudah menyediakan penyelesaiannya di sekeliling kita.

Hampir setiap bahan semula jadi daripada keluarga tumbuh-tumbuhan mempunyai pelbagai khasiat kepada kulit dan ia tidak seharusnya dipersiakan.

Tidak perlu berada dalam kerisauan memikirkan mengenai kesan sampingan atau wang yang mengalir keluar dari poket kerana bahan semula jadi sememangnya satu anugerah tidak ternilai kepada manusia yang tahu menghargainya.

Antara bahan yang boleh digunakan tanpa mengeluarkan perbelanjaan besar untuk kelihatan cantik ialah lemon yang boleh dibeli pada harga jauh lebih murah dan lebih penting ia selamat pada tubuh.

Lemon berupaya memberikan kesan yang mampu memudarkan noda atau tanda pada kulit yang membuatkan wajah kelihatan kusam dan kurang berseri.

Selain mencerahkan kulit, jus lemon membantu untuk mengurangkan kedutan, noda hitam dan sel kulit mati pada kulit, seterusnya mendapat kulit lebih bermaya.

Lima hingga enam peratus komponen lemon ialah asid sitrik yang memberikannya rasa masam dan mampu mencerahkan kulit manakala kandungan pH yang rendah membuatkannya bersifat antibakteria.

Di negara India, lemon digunakan dengan meluas dalam perubatan tradisional Siddha dan Ayurveda bagi merawat beberapa masalah kesihatan dan kecantikan.

Ada beberapa cara yang boleh digunakan bagi mendapatkan hasil optimum daripada lemon terhadap kecantikan kulit. Antaranya, memerah jus limau nipis dan masukkan ke dalam bekas penyembur yang dicampur dengan air dalam nisbah yang sama.

Jus lemon itu kemudiannya boleh disembur pada kulit wajah bila perlu untuk kesan menyegarkan dan pada masa sama, mampu mencerahkan kulit jika dilakukan secara konsisten.

Namun pastikan jus lemon tidak terkena pada bahagian kulit yang terluka atau termasuk dalam mata kerana ia akan menyebabkan kepedihan.

Lemon yang sudah dikisar bersama kulitnya juga boleh digosok pada kulit secara membulat. Bukan saja ia dapat membersihkan kulit tetapi ia juga akan mencerahkan kulit jika sering dilakukan.

Buah itu juga boleh digunakan sebagai pencuci, pupur dan penyental kulit dengan cara mencampurkan jus lemon, air, madu dan aloe, kemudian sapukan pada wajah setiap pagi sebelum dicuci bersih.

Cara lain yang boleh digunakan adalah dengan memicitkan jus lemon pada bola kapas dan sapukan pada wajah. Biarkan selama kira-kira 30 minit sebelum dicuci dengan air.

Bagi mereka yang mahukan kulit lembut, lemon juga boleh dijadikan losen badan dengan mencampurkan dua bahagian jus lemon dan tiga bahagian glycerin. Kacau hingga rata dan sapu pada kulit.

Pupur lemon boleh dihasilkan dengan mencampurkan satu sudu makan jus lemon, satu sudu makan jus tomato, satu sudu makan jus timun dan satu sudu makan sudu makan serbuk gaharu, menjadi pes. Sapu pada kulit dan biarkan selama 15 
hingga 20 minit sebelum dibilas dengan air suam.

Satu lagi cara membuat pupur adalah dengan mencampurkan satu sudu makan serbuk susu, satu sudu makan madu, satu sudu makan jus lemon dan dua titik minyak pati. Sapukan pada kulit dan biarkan selama 20 minit sebelum dicuci dengan air suam.

Bagi menghasilkan penyental kulit, campurkan dua sudu makan gula perang, putih telur dan satu sudu makan jus lemon. Sapukan pada kulit dalam gerakan membulat dan sental secara lembut. Biar pada kulit kira-kira 15 minit sebelum dicuci.

Biarpun lemon terbukti membantu untuk mencerahkan kulit wajah, ia mengambil masa lebih lama berbanding penggunaan bahan kimia.

Selain itu, elakkan terdedah lama di bawah matahari sekiranya dalam proses mencerahkan kulit menggunakan lemon kerana bukan saja lebih melambatkan proses, kulit juga mudah rosak.

Penggunaan jus lemon disarankan dilakukan selang sehari kerana penggunaan jus lemon boleh menyebabkan kulit menjadi sedikit kering jika digunakan setiap hari. Selepas rawatan menggunakan jus lemon, digalakkan memakai pelembap kulit bagi mengelakkannya kering.

Rawatan menggunakan jus lemon juga perlu dilakukan secara konsisten dan sabar bagi melihat hasilnya.

Sumber :My Metro

Wednesday, March 18, 2015

KHASIAT CUKA EPAL

Ibarat pepatah Inggeris yang bermaksud 'sebiji epal sehari, mampu menjauhkan doktor'.

Sememangnya epal mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan.

Epal mengandungi semua nutrien penting termasuk vitamin, serat dan mineral.

Cuka epal atau apple cider vinegar (ACV) adalah salah satu bentuk penyediaan terbaik daripada buah epal. Ia terhasil sejak zaman purba lagi dan digunakan dalam masakan serta perubatan.

Islam juga menggalakkan umatnya mengamalkan penggunaan cuka epal dalam kehidupan seharian atas sebab-sebab faedah dan manfaatnya kepada kesihatan.

Terdapat pelbagai jenama cuka epal di pasaran dan sebaik-baiknya pilihlah yang mengandungi ibu cuka.

Kandungan asid asetik dan air dalam cuka dihasilkan melalui proses penjerukan atau fermentasi etanol oleh bakteria asid asetik.

Selain harga yang murah, pengambilan cuka epal juga amat mudah. Hanya campurkan dua sudu cuka ke dalam air minuman.

Bagi mengurangkan rasa masam, anda boleh campur dengan sesudu madu. Bagi mendapatkan hasil terbaik, amalkan minum cuka epal dua kali sehari.

Amalan ini boleh membersihkan toksin yang tersumbat dalam peredaran darah yang menyebabkan penyakit darah tinggi, jantung dan peningkatan kolestrol.

Kesannya, peredaran darah akan menjadi bersih dan sihat serta mengembalikan metabolisme tubuh menjadi normal.

Selain itu, antara khasiat lain cuka epal boleh memecahkan lemak dan secara tidak langsung membantu proses penurunan berat badan.

Kandungan Pectin iaitu sejenis serat dalam cuka epal membantu menurunkan kadar kolestrol jahat serta mengimbang tekanan darah dalam badan.

Cuka epal juga kaya dengan Potassium yang membantu proses detokfikasi harian khas untuk kecantikan kulit, mengurangkan keguguran rambut, merawat masalah kerapuhan kuku dan gigi serta masalah sinus.

Beta Karotin yang terdapat dalam cuka epal pula dapat memperbaharui kerosakan sel-sel tubuh akibat aktiviti radikal bebas, di samping menegang dan menganjalkan kulit.

Selain daripada itu, asid Malic juga bertindak sebagai agen anti-kulat bagi menentang jangkitan kuman, bakteria dan mikroorganisme. Penggunaan cuka epal juga dapat mengimbangi kadar asid dan alkali dalam badan, selain menghilangkan lenguh-lenguh pada sendi dan otot badan.-

Sumber: utusan. com

Tuesday, March 17, 2015

Khasiat Halia


Asal usul halia

Halia berasal dari Asia Tenggara dan kini ditanam secara meluas di Jamaica dan beberapa kawasan tropika. Akar halia terkenal sebagai herba yang digunakan untuk masakan dan juga perubatan. Halia telah digunakan oleh pakar herba China lebih 2,500 tahun lalu.

Khasiat halia

Sejak zaman berzaman, halia sering digunakan untuk melegakan rasa loya, masalah sukar penghadaman, artritis dan membantu melancarkan peredaran darah. Halia juga mempunyai keupayaan untuk melegakan masalah kekejangan perut. Akar halia turut membantu menyokong sistem kardiovaskular yang sihat dengan menjadikan platelet kurang pekat sekali gus mengurangkan masalah peredaran darah.

Minyak halia yang digunakan untuk mengurut membantu melegakan kesakitan akibat artritis berikutan bahan anti-radang yang terdapat dalam tanaman tersebut.

Menurut kajian, halia membantu menurunkan kadar penyerapan kolesterol di dalam hati dan darah selain mengurangkan sakit kepala atau migrain. Kandungan shogoal dan gingerol dalam halia juga mampu meneutralkan asid dalam perut, merangsang pengeluaran jus penghadaman dan juga membantu memperbaiki otot otot penghadaman.

Bagaimana menggunakan halia

❌Dihiris atau ditumbuk untuk digunakan dalam masakan.

❌Campuran akar halia dan ekstrak limau nipis membantu melegakan penghadaman. Ia juga boleh dijadikan minyak dan disapu di bahagian yang sakit.

❌Halia segar yang dibuang kulit boleh dimakan setiap empat jam tetapi tidak lebih tiga kali sehari untuk melegakan masalah perut. Teh halia boleh diminum beberapa beberapa kali sehari.

❌Cuba minum segelas teh halia untuk meredakan masalah selesema. Menurut kepercayaan masyarakat Cina, tenaga dalam halia dapat memanaskan paru-paru dan perut. Untuk membuat teh hali cuba resipi mudah ini.

ℹ 4 gelas air

ℹ 2 inci halia segar

ℹ Hirisan lemon dan madu (sebagai penambah perisa)

Kupas dan hiris akar halia. Isikan air ke dalam periuk dan biarkan ia mendidih. Tambah sehiris halia ke dalam air yang mendidih. Kecilkan api, tutup periuk dan biarkan selama lebih kurang 15-20 minit. Tapis, tambah lemon dan madu sebagai penambah perisa

Maklumat tambahan mengenai halia

Selain pelbagai khasiat yang terkandung dalam halia, berita baik kepada semua, halia tidak mempunyai sebarang kesan negatif dan selamat diambil dalam bentuk apa sekali pun.

Kapsul halia perlu diambil bersama segelas air. Halia boleh diambil sehari selepas seseorang menjalani pembedahan untuk mengurangkan rasa loya. Bagi mereka yang menjalani rawatan radioterapi atau kemoterapi, pengambilan halia mampu mengurangkan kerengsaan perut.

Lain-lain khasiat halia

⭕ Mengubati selesema dan asma

Pengamal perubatan tradisional mencadangkan pesakit selesema dan asma mengunyah halia segar atau minum teh halia ataupun perahan jus akar halia bersama satu camca madu.

⭕Mengurangkan sakit sendi, sakit otot dan kolesterol

Sakit-sakit pada otot dan sendi juga dapat diatasi dengan penggunaan halia. Untuk otot yang sakit, minyak halia dicampurkan dengan minyak neutral lain dan digosok ke bahagian tersebut.

⭕Mengubat batuk

Dengan menghisap hirisan halia dapat melegakan batuk dan gatal-gatal tekak. Amalan ini lebih mujarab jika air halia dicampur dengan sedikit madu.

⭕Menghilangkan bau mulut

Halia memang berkesan menghilangkan bau mulut yang menimbulkan ketidakselesaan. Hiris halia dan rebus hingga mendidih. Biarkan sejuk seketika dan minum. Atau tumbuk halia hingga lumat dan kemudian tapis. Campur dengan air yang sudah dimasak. Amalkan minum air halia tersebut waktu pagi dan petang.

Sumber : utusanonline

Monday, April 28, 2014

PEMAKANAN SIHAT

Kaedah Pemakanan Cegah Kanser .

 

Kali ini saya akan berbicara mengenai kaedah mencegah kanser melalui pemakanan. Dalam pengalaman saya mengubati pesakit kanser di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, ini adalah salah satu soalan yang selalu ditanya pesakit terutama yang telah menjalani pembedahan dan rawatan kemoterapi atau radioterapi. Mereka telah sihat tetapi tidak mahu kanser datang kembali (cancer relapse atau cancer recurrence.)

Nabi Muhammad SAW bersungguh-sungguh menyeru prinsip "mencegah lebih baik daripada mengubati".

Dalam mencegah penyakit kanser, ada tiga faktor yang kita perlu fokus iaitu gaya hidup sihat, diet seimbang dan stres minimum.

Tidak dinafikan, antara punca utama kanser adalah gaya hidup tidak sihat seperti merokok, mengambil minuman keras, tekanan emosi atau stres berterusan manakala faktor utama adalah pemakanan tidak teratur dan seimbang. Ini pendorong kuat kepada kanser membarah di dalam tubuh.


TIPS MAKAN

Makanan Paling Sihat Di Makan Waktu Malam 

 



Ramai yang takut untuk makan lewat malam kerana beranggapan ia tabiat yang menggemukkan. Sebenarnya ia bergantung kepada jenis dan jumlah kalori makanan ringan yang diambil, tidak kira waktu siang ataupun lewat malam.

Elakkan makanan ringan yang mengandungi karbohidrat berkanji dan lemak yang tinggi, terutamanya pada waktu malam kerana tenaga berlebihan yang dihasilkan akan berkumpul menjadi lemak.

Berikut adalah beberapa jenis makanan ringan yang sihat dan elok diambil ketika lewat malam atau sebelum tidur sekiranya berasa lapar. Ia bukan sahaja dapat menghilangkan rasa lapar, malah lebih mudah untuk tidur dengan lebih lena. 


Sunday, April 27, 2014

TOMATO

Khasiat Buah Tomato

TOMATO atau nama saintifiknya Iycopersicon esculetum sememangnya digemari ramai. Sama ada diratah begitu sahaja atau digandingkan dalam pelbagai jenis masakan, tomato menjanjikan keenakan tersendiri. Hidangan Mediterranean dan Asia Barat menjadikan tomato sebagai bahan asas yang paling kerap digunakan.
 
Berasal dari keluarga Solanaceae, tomato kaya dengan zat besi, serat serta vitamin A dan C yang diperlukan untuk mengekalkan kecergasan badan. Ia juga mengandungi fruktosa, glukosa, asid folik, potasium, kalsium dan mineral garam. Malah kajian di Amerika Syarikat mendapati pigmen merah pada kulit tomato mengandungi lycopene yang dikatakan mampu mengurangkan risiko barah prostat di kalangan kaum lelaki. Lycopene menawarkan khasiat antioksida semula jadi yang baik untuk kesihatan badan. Khasiat tomato juga berkait rapat dengan kecantikan kulit.


Saturday, April 26, 2014

LOBAK MERAH

10 Khasiat Lobak Merah

Jom amalkan makan lobak merah dalam pemakanan harian kita.

terdapat 10 perkara yang anda perlu tahu tentang kebaikan lobak merah:

Kulit:

Lobak merah sangat baik untuk kulit kerana mempunyai Vitamin A dan antioksidan yang akan melindungi kulit daripada sinaran matahari. Lobak merah menghalang jerawat, kulit kering, kedutan pra-matang dan membantu anda untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah

Mata:

Lobak merah adalah sumber yang kaya dengan Vitamin A dan B yang membantu anda untuk menghasilkan penglihatan yang lebih baik.

Friday, April 25, 2014

JENIS MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN.

3 Makanan Yang Perlu Dielak Ketika Menghadapi Kemurungan.

 

Masyarakat hari ini rata-ratanya kerap mengalami tekanan disebabkan oleh pengingkatan taraf kehidupan manusia yang semakin berkembang dan seterusnya menyumbang ke arah kemurungan. Kajian terbaru menunjukkan bahawa memakan makan tertentu dapat meningkatkan kebarangkalian terjadinya kemurungan atau memburukkan lagi kemurungan yang sedia ada.

Elakkan mengambil 3 jenis makanan berikut dengan kerap bagi megelakkan kemurungan: