Thursday, November 7, 2013

KHASIAT DAUN DURIAN BELANDA

-DAUN DURIAN BELANDA JUGA BERKHASIAT-

Daun durian belanda atau daun sirsak (Indonesia) amat berguna untuk pelbagai penyakit terutama untuk pengidap penyakit kanser.Durian belanda (bahasa Inggeris Soursop, tulisan Cina Tradisional , Soursap, Guanbana, Graviola, Zuurzak, Corao-da-ndia, Guyabano or Corossol ) atau nama saintifiknya Annona muricata L.

Pokok Durian Belanda merupakan pokok yang berasal dari hutan tropika Carribean Amerika Selatan yang kini telah ditanam di Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Indonesia di mana ia dikenali sebagai Sirsak (dari Bahasa Belanda zuurzak). Ia biasanya tumbuh di aras laut sehingga montane bawah.

Buah sirsak atau nama sainsnya Graviola atau dalam bahasa latin Annona muricata adalah ubat kanser yang murah dan mujarab. Biasanya, pesakit yang berkemampuan memilih kemoterapi untuk rawatan penyakit kansernya (walaupun menanggung kesakitan selepas rawatan).

Tapi bagi mereka yang tidak berkemampuan, kini boleh mencuba alternatif lain iaitu pengubatan menggunakan sumber alam kurniaan Allah dan tidak ada ruginya mencubanya, selain daripada murah dan mudah didapati.





Cara Penyajiannya:

1. Ambil 10 helai daun sirsak, direbus dengan tiga gelas air, dan direbus dengan api perlahan sehingga menjadi satu gelas air (rebusan 10 helai daun sirsak ini boleh ulangi sebanyak 2x rebusan untuk hari berikutnya)

2. Tapis rebusan daun sirsak dan minum 2x sehari iaitu sebelah pagi dan malam. Kesannya, perut akan terasa hangat/panas, lalu badan akan berpelun dengan banyak.

Selain daripada merawat kanser rebusan daun ini juga sesuai bagi mereka yang mengalami:

-Masalah batu hempedu
-Anti sembelit
-Menurunkan urik asid (gout)
-Sebagai antibodi dalam tubuh
-Memudakan sel-sel badan
-Mencegah selsema
-Mengatasi masalah kencing tidak lawas.

No comments:

Post a Comment