Thursday, November 7, 2013

BUAH DELIMA-MAKANAN SUNNAH

MAKANAN SUNNAH

- Buah Delima-

Siapa yang tidak kenal Buah Delima. Buah Delima dikenali sangat menarik sama ada bentuk,warna kulit mahupun bijinya yang melambangkan kesuburan.Sedangkan intipati buahnya yang berwarna merah dan lazat bagaikan mata air salsabil disyurga.

Sesetengah orang menganggapnya lambang kelahiran,kehidupan dan kematian.Kerana biji-biji buah Delima mengandungi air dan dapat mengeluarkan banyak air.

Nabi Muhammad SAW bersabda, Tidak ada delima yang tidak mempunyai buah dari delima surga di dalamnya (HR Abu Nuaim)

Rasulullah bersabda,
Buah delima dan kulitnya memperkuat pencernaan di perut.
(HR Abu Nuaim dan Al-Jauzi)

Setiap kali Ibnu Abbas mendapati buah delima, dia akan memakannya. Orang-orang menanyakan kepadanya mengapa dia melakukan hal itu, dan dia menjawab,Aku benar-benar percaya bahwa tak ada satu pun buah delima di dunia ini yang tidak mengandung satu biji dari salah satu biji dari surga. Barangkali biji ini adalah yang dari syurga itu.(Kisah sahabat)

Khasiat perubatan sudah dijumpai sejak 8000 tahun yang lalu oleh masyarakat Parsi Purba kerana ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, Magnesium dan Calcium.
Antara khasiat buat delima mengikut buku perubatan Parsi termasuk :
-Membaikpulih fungsi hati dan limpa
-Mencuci buah pinggang dan salur kencing
-Membantu penghadaman
-Membuang lemak-lemak berlebihan
-Menambah tenaga
-Mengelakkan alahan bagi wanita mengandung
-Mengubahsuai hormon bagi wanita menopause
-Membaiki sistem pembersihan dan pengaliran darah
-Merawat @ membaikpulih pesakit kencing manis
-Menambahkan tenaga dan mengelak dari penyakit lemah tenaga batin
-Mencantikkan kulit



Dari kajian perubatan moden Jus Delima mempunyai khasiat-khasiat lain seperti:-

-Mengurangkan pengumpulan lemak di dinding pembuluh darah, mengelakkan dari salur darah tersumbat dan mengeras yang menjadi punca penyakit jantung

-Mengurangkan tekanan darah sebanyak 5% di kalangan pesakit tekanan darah tinggi jika mengambil Jus Delima sebanyak 50cc setiap hari selama 2 minggu

-Menghalang pembentukan sel barah payu dara Di Jepun terdapat laporan yang menggalakkan pengambilan Jus Delima dalam membantu mengubati penyakit jantung, tekanan darah tinggi, menambah tenaga, untuk kecantikan kulit dan banyak lagi khasiat lain .

KHASIAT HABBATUS SAUDA

KHASIAT HABBATUS SAUDA

Hadith dari Sahih al-Bukhari

Apa maksud 'tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda'?

1.- Mengikut pendapat ahli ilmu dan ahli bahasa Arab, ia bermakna hendaklah melazimkan pengambilan dan penggunaan Habbatus Sauda' berterusan selama yang termampu. Dengan lain perkataan ia hendaklah menjadi sebahagian dari kehidupan harian selagi termampu.

2-. Juga tidak dinyatakan dalam hadith ini supaya ambil Habbatus Sauda' hanya apabila sakit, oleh kerana itu orang yang sihat juga boleh berterusan mengambil Habbatus Sauda' untuk menjaga kesihatan dan juga supaya dapat mencegah penyakit yang mungkin akan menimpanya.

3-. Untuk memudahkan pengambilan Habbatus Sauda' ini secara berterusan, ia juga boleh diambil secara bersendirian mentah (bijinya), minyak perahannya, atau dicampur dengan bahan-bahan lain seperti madu atau minyak zaitun atau dalam masakan dan minuman.

Apakah makna 'penawar segala penyakit'?

Ibn al-Qayyim telah menukilkan dalam kitabnya 'al- Tibb al-Nabawi' bahawa makna perkataan 'kulli' (semua/segala) adalah seperti tafsir kepada ayat
Tafsir: - yang menghancurkan 'segaIa' sesuatu dengan perintah Tuhannya.

Yakni angin itu memusnahkan segala manusia dan rumah-rumah kediaman tetapi ia tidak' memusnahkan gunung-ganang, sungai-sungai, matahari dan bulan. Ini adalah lafaz am yang bermaksud kh'usus. Ini adalah termasuk dalam ilmu 'balaghah' dalam bahasa Arab. Dari maksud yang yang sama penawar 'segala' penyakit itu bermakna yang boleh menawar banyak penyakit (dan tidak menghalang dari merawat penyakit dengan lain-¬lain ubat) kecuali penyakit yang ditakdirkan membawa kematian. Hence illa al-Saam.

As-am (mati) Habbatus Sauda' tidak dapat mengubati mati dan setiap kematian itu ada sebabnya. Oleh itu hendaklah difahami bahawa penyakit-penyakit yang ALLAH Ta'ala telah takdirkan untuk membawa sebab kepada kematian tidaklah dapat diubati lagi dengan Habbatus Sauda'. Dari sini kita boleh faham makna 'shifa min kulli da' illa asSam' 'penawar bagi segala penyakit kecuali mati'. Maka inilah adalah kebenaran atas kebenaran.

Namun begitu tidaklah bermakna ikhtiar untuk mengubati penyakit itu perlu dihentikan kerana berusaha untuk berubat itu disuruh. Dan jika Habbatus Sauda' itu tidak memberi kesan terhadap penyakit itu, maka besar kemungkinan ia termasuk salah satu dari penyakit yang akhirnya menjadi as-Sam, dan as-Sam itu akan datang samada lambat atau cepat.

Merawat penyakit dengan Habbatus Sauda' tidak bermakna meninggalkan kaedah-kaedah perubatan lain terutama perubatan moden. Malah dalam banyak kes, ia memperkuatkan dan menolong lagi kaedah-kaedah tersebut. la adalah lebih kepada 'Complementary and complimentary'




Sebagai penawar dipercayai Habatus Sauda’ boleh:

a.- Menjadi penyembuh dengan kekuatan sendiri.
b.- Menolong menjadi kesan ubat lain lebih kuat dan efektif.
c.- Kombinasi dengan herba/ubat lain dapat menyembuhkan penyakit.
d.- Menolong mengurangkan kesan sampingan ubat lain terutama ubat moden atau therapy yang membawa kesan sampingan yang teruk seperti chemotherapy / radiotherapy.
e.- Mengurangkan penderitaan akibat penyakit.
f.- Mempercepatkan penyembuhan dari kecederaan atau pembedahan.
g.- Menolong mencegah penyakit dari menjadi lebih teruk
7-. Jika tiada apa-apa sebab sekalipun untuk mengambil Habbatus Sauda' samada dari segi kesihatan dan masalah-masalah pun begitu digalakkan juga untuk mengambil Habbatus Sauda' ini secara berterusan semata-mata kerana berkat hadith dan suruhan dari yang disayangi Rasulullah SAW

KURMA

CARA RASULULLAH MAKAN KURMA

Tercatat dalam beberapa hadis mengenai bagaimana Rasulullah mengambil kurma:

1- Mencampur dengan keju, dalam HR . Abu Dawud no.3837 dan Ibnu Majah no.3343

Imam ibnul Qayyim rahimahullah menjelaskan bahawa Zubdah ( keju ) dapat berfungsi melembutkan najis, melemaskan saraf dan pembengkakan hempedu dan kerongkong. Jika disapu pada gusi bayi akan
mempercepatkan pertumbuhan gigi.

2-. Mencampur dengan timun , HR. Muslim no.2043 , HR. Bukhari no.5440 .

Rasa panas yang ada pada kurma dapat mengimbangi rasa sejuk pada timun, kerana timun sukar untuk dicernakan, sejuk dan kadang kala berbahaya. Sungguh ia suatu pelajaran yang agung dari Rasul kita.

3. Memakan kurma dengan tembikai , HR. Abu Dawud no. 3836 .

Menganjurkan berbuka puasa dengan kurma basah ( ruthab ), jika tidak ada dengan kurma kering, kalau tidak ada dengan meminum air seteguk demi seteguk . HR Abu Dawud no.2356 .

Hadis ini mengandungi hikmah agung dari sudut kesihatan, yang diperlukan oleh orang yang berpuasa adalah zat gula yang mudah diserap oleh darah, perut dan usus. Zat gula ( glukosa dan fruktosa ) memerlukan masa 5-10 minit untuk diserap dalam usus manusia ketika dalam keadaan kosong. Sehingga waktu tersebut dapat digunakan sementara untuk mengerjakan solat maghrib.

4. Melarang memakan kurma bagi orang yang baru sembuh dari sakit, HR. Abu Dawud no.3856 .

5. Boleh memakan kurma walaupun sakit mata , HR. Ibnu Majah no.3343 .

6. Memerintahkan jangan membuang kurma yang di dalamnya terdapat ulat, namun membersihkannya , HR. Abu Dawud no.3832 .

(Dikutip dari tulisan Zaki R )





Memakan 7 buah kurma dapat dielak diracun dan sihir.

Dalam Sahih Bukhari dan Muslim, diriwayatkan oleh Saad bin Abi Waqash , dari Nabi Shallallahu ' Alaihi wa Sallam beliau bersabda ' Barangsiapa mengambil kurma Ajwah pada pagi hari, maka pada hari itu ia tidak akan terkena racun atau sihir ' .

Ajwah merupakan salah satu jenis kurma yang berasal dari Madinah, dikenali sebagai kurma Hijaz yang terbaik dari seluruh jenisnya. Bentuknya yang baik, padat dan agak keras, namun termasuk kurma yang paling lazat harum dan empuk. Biasanya kalau anda kunjungi ke pasar yang menjual kurma, harga kurma tersebut antara yang paling tinggi diantara yang lain. (Berbagai sumber)

*Diterjemahkan dari sumber eramuslim.com

KHASIAT DAUN DURIAN BELANDA

-DAUN DURIAN BELANDA JUGA BERKHASIAT-

Daun durian belanda atau daun sirsak (Indonesia) amat berguna untuk pelbagai penyakit terutama untuk pengidap penyakit kanser.Durian belanda (bahasa Inggeris Soursop, tulisan Cina Tradisional , Soursap, Guanbana, Graviola, Zuurzak, Corao-da-ndia, Guyabano or Corossol ) atau nama saintifiknya Annona muricata L.

Pokok Durian Belanda merupakan pokok yang berasal dari hutan tropika Carribean Amerika Selatan yang kini telah ditanam di Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Indonesia di mana ia dikenali sebagai Sirsak (dari Bahasa Belanda zuurzak). Ia biasanya tumbuh di aras laut sehingga montane bawah.

Buah sirsak atau nama sainsnya Graviola atau dalam bahasa latin Annona muricata adalah ubat kanser yang murah dan mujarab. Biasanya, pesakit yang berkemampuan memilih kemoterapi untuk rawatan penyakit kansernya (walaupun menanggung kesakitan selepas rawatan).

Tapi bagi mereka yang tidak berkemampuan, kini boleh mencuba alternatif lain iaitu pengubatan menggunakan sumber alam kurniaan Allah dan tidak ada ruginya mencubanya, selain daripada murah dan mudah didapati.





Cara Penyajiannya:

1. Ambil 10 helai daun sirsak, direbus dengan tiga gelas air, dan direbus dengan api perlahan sehingga menjadi satu gelas air (rebusan 10 helai daun sirsak ini boleh ulangi sebanyak 2x rebusan untuk hari berikutnya)

2. Tapis rebusan daun sirsak dan minum 2x sehari iaitu sebelah pagi dan malam. Kesannya, perut akan terasa hangat/panas, lalu badan akan berpelun dengan banyak.

Selain daripada merawat kanser rebusan daun ini juga sesuai bagi mereka yang mengalami:

-Masalah batu hempedu
-Anti sembelit
-Menurunkan urik asid (gout)
-Sebagai antibodi dalam tubuh
-Memudakan sel-sel badan
-Mencegah selsema
-Mengatasi masalah kencing tidak lawas.