Sunday, October 6, 2013

Pulihkan Cirit Birit

Jika kita mengalami cirit birit kerana tersalah makan atau alah dengan makanan.
kita boleh mengamalkan petua yang popular dalam masyarakat Melayu iaitu mengambil
beberapa helai daun jambu batu yang muda,cuci bersih dan kita boleh makan begitu sahaja
atau dijadikan ulaman.
Lakukan hingga kita rasa berkurangan.



Banyakkan minum air dan makan makanan yang mudah hadam.
Elakkan daripada makan makanan yang berempah dan berminyak serta pedas..

Saturday, October 5, 2013

Air Nasi Menambah Berat Badan



Jika kita mengalami masalah menambahkan berat badan,setelah diperiksa oleh doktor tidak mengalami apa-apa penyakit.

Kita boleh minum air nasi sebanyak dua kali sehari untuk menambahkan berat badan.

Caranya:

Apabila kita menanak nasi,setelah mendidih kita cedokkan airnya sebanyak segelas,
biarkan ia sejuk terlebih dahulu.

Setelah itu kita boleh minum pagi dan petang.untuk menambahkan perisanya kita boleh masukkan sedikit gula.

Selamat mencuba..

Khasiat Daun Sup

CUCI BUAH PINGGANG DENGAN DAUN SUP





 Selama bertahun-tahun kita menggunakan buah pinggang dalam proses biologi badan.

Kandungan garam dan racun yang kita tidak tahu betapa banyak jumlahnya, dan kita tidak pernah mencucinya kecuali bagi yang bermasalah sahaja.

Tahukah anda dengan hanya RM1.00, anda mampu mencuci buah pinggang yang banyak berjasa pada kita ini??

Caranya mudah sahaja.

Beli seikat daun SUP, cuci bersih-bersih , potong kecil2 , masukkan kedalam periuk , masukan air bersih , didihkan untuk sepuluh minit sahaja.

Sejukkan , tapis , masukkan kedalam botol yang sesuai dan disimpan dalam peti sejuk
Amalkan meminumnya segelas sehari…

Insya Allah anda akan rasa perubahannya…

Segala kandungan garam dan racun2 akan dikumuhkan melalui air kencing.

Daun SUP telah diketahui sebagai satu kaedah rawatan pembersihan yang terbaik untuk buah pinggang kita dan ia adalah semula jadi!

Selamat Mencuba……